‘Serba salah dibuatnya’, kawan tiba-tiba larang kerja di kedai kosmetik, rupanya ini hukum kerja di kedai kosmetik menurut bekas Mufti

‘Serba salah dibuatnya’, kawan tiba-tiba larang kerja di kedai kosmetik, rupanya ini hukum kerja di kedai kosmetik menurut bekas Mufti

KESUKARAN mendapatkan kerjaya impian menyebabkan kebanyakan anak muda ‘tangkap muat’ apa sahaja peluang pekerjaan yang ada di depan mata.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini pelbagai perniagaan berasaskan produk kecantikan timbul dan kemudiannya membuka peluang pekerjaan.

'Serba salah dibuatnya', kawan tiba-tiba larang kerja di kedai kosmetik, rupanya ini hukum kerja di kedai kosmetik menurut bekas Mufti

Bagi golongan wanita, kedai menjual alat kecantikan dan barang kosmetik semestinya menjadi pilihan.

Namun ada yang beranggapan hukum bekerja di kedai seumpama itu adalah haram kerana dikatakan membantu pengguna mengubah ciptaan Allah dan bagi tujuan kecantikan.

Sehubungan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas lanjut perkara itu setelah ditanya oleh seorang individu di Maktabah al-Bakri.

“Saya berusia awal 20-an dan bekerja di kedai kosmetik. Ada sesetengah orang cakap kerja di kedai kosmetik ini haram.

“Saya jadi was-was sekarang… pernah terfikir untuk mencari kerja lain tetapi susah sebab tiada kerja kosong sekarang,” ajunya.

BACA: “Aku bercerai dengan bekas suami masa bisnes dia drop, sekarang aku dapat tahu bekas suami dah ada kewangan yang kukuh, jadi aku rasa nak balik kat dia”

Jawapan

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang Kami berikan kepada kamu.”

Berbalik kepada soalan yang diajukan, hukum bagi setiap pekerjaan bergantung dengan perkara atau tugas yang dilakukan.

Sekiranya perkara yang dilakukan itu mengandungi hal yang diharamkan oleh syarak seperti pembedahan plastik untuk kecantikan, mengubah ciptaan Allah, mencacah tatu dan seumpamanya, maka hukumnya haram.

Namun jika perkara yang dilakukan itu, suatu perkara yang tidak diharamkan oleh syarak, maka hukum bekerja di situ adalah harus.

Justeru itu hukum bekerja di kedai kosmetik adalah harus selagi mana tidak bertentangan dengan syarak.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan rezeki yang halal dan diberkati di samping amalan yang diterima, sebagaimana Rasulullah SAW selalu membaca doa pada solat Subuh.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)

BACA:

Sophia Albarakbah dituduh ganggu rumah tangga artis terkenal lagi! Sekali tuan badan buka mulut