Seorang wanita bersama suaminya membeli beg tangan jenama mewah dengan harga RM44500, sekali LHDN kirim salam

Satu perkongsian di aplikasi X baru-baru ini telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen

apabila satu akaun memuat naik gelagat beberapa individu dilihat berada dalam sebuah butik jenama mewah.

Dalam video itu, pelayan di butik berkenaan dilihat mengira duit RM50 berkepuk-kepuk dipercayai bernilai lebih kurang RM44,500.00

Seorang wanita bersama suaminya membeli beg tangan jenama mewah dengan harga RM44500, sekali LHDN kirim salam

Difahamkan, seorang wanita bersama suaminya ada membeli beg tangan jenama mewah dengan harga sedemikian.

Video itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi berkenaan dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.

Komen

Ada juga yang berprasangka tidak baik terhadap pasangan itu yang lebih ‘memilih’ untuk menggunakan wang tunai berbanding membayar barangan dalam bentuk pemindahan wang, kad debit atau credit.

Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai citarasa golongan berada yang dilihat ‘pelik’ dan sering memilih barangan yang tidak cantik di mata awam

BACA: Suami aku alim, tapi tak suka aku sebab tak pandai agama. Perempuan tu buat warak depan aku sebab nak rampas suami dari aku