Seorang ‘ustaz’ didakwa hempas murid hingga cedera pada bahagian kaki

Seorang 'ustaz' didakwa hempas murid hingga cedera pada bahagian kaki

Seorang ‘ustaz’ didakwa hempas murid hingga cedera pada bahagian kaki.Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak muridnya sehingga patah kaki kanan pada tiga bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, yang berasal dari Bukit Payong di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencederakan anak murid lelakinya yang merupakan murid tahun tiga dengan mengangkat dan menghempas mangsa ke atas kerusi kayu sehingga patah kaki kanan.

Seorang 'ustaz' didakwa hempas murid hingga cedera pada bahagian kaki

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah sekolah KAFA di Bukit Payung di sini pada pukul 4.15 petang, 6 Julai lalu.

Ahmad Mursyidin didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! 14 Julai lalu melaporkan seorang ibu mahu pembelaan terhadap anak lelakinya berusia sembilan tahun yang didakwa dicederakan tertuduh hingga patah kaki pada 6 Julai lalu.

Insiden itu didakwa memberi kesan trauma kepada mangsa sebelum ibu bapanya membuat laporan polis pada 8 Julai lalu.

BACA:

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….