Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak

Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak

Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak.Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Ia diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 dan akan dilaksanakan sebanyak empat fasa bagi tahun ini. Bagi BKM Fasa 1, ia telahpun disalurkan kepada yang layak pada bulan Mac lalu dengan jumlah sehingga RM300.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM bagi Fasa 2 sehingga Fasa 4 untuk pengetahuan semua:

Jumlah Bayaran BKM

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur Pemohon

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh-tarikh pembayaran BKM, ia hanya akan dapat diketahui selepas pemakluman rasmi daripada pihak kerajaan. Bagaimanapun, bulan pembayaran bagi setiap fasa telah pun diumumkan iaitu:

Fasa 2: Jun 2022
Fasa 3: September 2022
Fasa 4: Disember 2022

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran BKM adalah sama seperti mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan sebelum ini:

Kredit ke akaun bank:

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022;
Pembayaran Fasa 1 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Bagi maklumat lengkap berkenean BKM, ia boleh dibaca dan diteliti di portal rasmi BKM atau DI SINI.

BACA:

Pakar minta kerajaan campur tangan isu kenaikan tarif elektrik, beri subsidi bersasar

Malaysia sedia hadapi gelombang baharu Covid-19, dijangka 2 bulan lagi

Wanita hamil dilarang ‘keras’ tengok video ni, dibimbangi ramai suami akan terjun sungai

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak […]

  • […] Senarai tarikh dan penerima BKM fasa 2 hingga fasa 4, ramai belum semak […]