Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022. Apabila bercakap mengenai Rekod Dunia Guinness (GWR), ramai yang akan membayangkan rekod pencapaian cemerlang atau fizikal luar biasa.

Namun, sebenarnya ada banyak rekod dunia membabitkan perkara pelik yang menerima pengiktirafan rasmi GWR pada tahun ini. Berikut, antaranya:

1. Tin minuman terbanyak pada wajah dengan menggunakan sedutan udara

Jamie Keeton, atau dikenali sebagai ‘Canhead’ atau ‘Canpa’ dalam kalangan cucunya, menggunakan sedutan udara untuk melekatkan 10 tin kosong minuman di muka, dan kepalanya yang botak.

Ia melayakkan lelaki ini menerima pengiktirafan GWR walaupun tin itu hanya berada di bahagian mukanya untuk tempoh kira-kira lima saat.

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

“Sebenarnya saya mempunyai keadaan kulit di mana liang pori saya boleh menyedut oksigen,” kata Keeton kepada GWR.

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

JAMIE Keeton menggunakan sedutan udara untuk melekatkan 10 tin kosong minuman di muka, dan kepalanya yang botak. FOTO GWR

2. Telur paling banyak diseimbangkan di belakang tapak tangan

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

Ibrahim Sadeq dari Nasiriyha, Iraq, mampu menyeimbangkan 18 telur di belakang tapak tangan. Ia menyamai rekod terdahulu oleh Jack Harris dari Britain pada Mei 2020. Ia menjadikan dua lelaki itu berkongsi rekod sama.

“Anda perlu mempunyai tahap fokus yang tinggi apabila cuba mencipta rekod berkenaan kerana ia sukar untuk dicapai,” kata Sadeq.

3. Masa terpantas mengeja perkataan dengan huruf didapati pada tin sup.

Jacob Chandler dari Oregon, Amerika Syarikat (AS) mengeja 26 perkataan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan huruf pada tin sup. Dia melakukannya dalam tempoh dua minit dan 8.6 saat.

Ia selepas lelaki itu melakukan penyelidikan pada GWR untuk mencipta rekod yang dapat menarik perhatian anak lelakinya, Brycen.

Chandler berkata, antara aspek yang paling sukar adalah membezakan huruf ‘M’ and ‘W’.

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

SERAMAI 178 orang yang mempunyai nama Hirokazu Tanaka berkumpul pada Oktober lalu, di Shibuya, Tokyo. FOTO AFP

4. Perhimpunan paling ramai membabitkan individu memiliki nama pertama dan terakhir yang sama

Persatuan Nama Sama Hirokazu Tanaka, di Jepun, ditubuhkan pada 1994 oleh Hirokazu Tanaka, 53. Ia dapat menghimpunkan 178 orang yang mempunyai nama sama, pada Oktober lalu, di Shibuya, Tokyo.

Pengasasnya, Tanaka pernah cuba memecah rekod GWR bagi kategori ini pada 2011 dan 2017, namun usaha itu tidak berjaya. Pemegang rekod sama sebelum ini adalah untuk individu bernama Martha Stewart iaitu perhimpunan membabitkan seramai 164 dengan nama itu pada 2005.

5. Tiup kacang dengan jarak paling jauh

Pencipta rekod bersiri David Rush memperoleh pengiktirafan GWRnya yang ke-250 dengan menggunakan udara dalam paru-parunya untuk meniup kacang sehingga 84 kaki dan 11.28 inci, atau kira-kira 25.34 meter (m).

Dia melakukannya di atas lantai rata.

Rush yang menjadi tajuk berita kerana memecah 52 rekod dalam tempoh 52 minggu pada 2021, pertama kali memegang rekod sama beberapa tahun sebelumnya. Bagaimanapun rekod itu diatasi individu lain sebanyak tiga kali sebelum lelaki itu kembali mencipta rekod baharu.

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

LELAKi menunggu rantaian jambang mereka diukur pada Kejohanan Jambang dan Misai Kebangsaan 2022 di Casper, Wyoming, AS. FOTO AP

6. Rantaian jambang paling panjang.

Peserta pada Kejohanan Jambang dan Misai Kebangsaan 2022 di Casper, Wyoming, AS, bekerjasama dengan menyambungkan jambang mereka menjadi rantaian panjang. Secara keseluruhan, ia meliputi 150 kaki atau 45.72 m.

Ia mengatasi rekod sama di Jerman pada 2007.

7. Berjalan paling pantas dengan memakai kasut tumit tinggi di atas tali

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

Remaja dari Vermont, AS, Ariana Wunderle, yang beraksi untuk sarkas sejak usianya dua tahun, memakai kasut tumit tinggi dan berjalan di atas tali diregangkan meliputi jarak kira-kira 195 m.

Dia melakukan rekod itu di Sekolah Tinggi Bellows Falls pada Mei tahun ini, sekali gus memadamkan rekod terdahulu oleh individu dari Rusia, Oxana Seroshtan pada 2014.

Senarai rekod pelik sepanjang tahun 2022

DUANE Hansen menggunakan bot dibuat dari labu bersaiz besar untuk berkayuh di Sungai Missouri, FOTO GWR

8. Kayuhan paling jauh menggunakan bot labu

Duane Hansen menggunakan bot dibuat dari labu bersaiz besar untuk berkayuh di Sungai Missouri, selepas ulang tahunnya yang ke-60.

Dia berkayuh dari Bellevue, Nebraska ke Nebraska City meliputi jarak kira-kira 60 kilometer. Ia sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh penduduk Dakota Utara, Rick Swenson pada 2016.

BACA:

Penjualan Menara KL : Kementerian Komunikasi sedia beri kerjasama jika disiasat

Mengejutkan ! Jackie Chan akhirnya buka mulut punca tolak tawaran berlakon di AS

Mas kahwin tak cukup RM199, majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan