Bunga Citra Lestari atau dikenali sebagai BCL, telah melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihannya, Tiko Aryawardhana semalam.
Majlis mewah tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kenalan rapat dan keluarga terdekat, termasuk keluarga mendiang suaminya, Ashraf Sinclair.
Kehadiran keluarga almarhum suaminya telah menyentuh hati banyak netizen di Indonesia dan Malaysia.
Sebuah video yang menunjukkan Bunga memeluk ibunda almarhum Ashraf telah menjadi viral di media sosial, menambahkan lagi sentuhan emosi dan kesan terharu kepada mereka yang menyaksikannya.
Kebanyakan netizen tergerak hati melihat tindakan Bunga yang mesra dan penuh emosi, terutama ketika bersalaman dengan ibu Ashraf yang kini telah ditinggalkan.
Video tersebut boleh dilihat di @muthiastp di bawah.
Nangis liat BCL sungkem sama ibunya alm. Ashraf. 😠pic.twitter.com/saMAHkpUmw
— Muthia (@muthiastp) December 2, 2023
Semoga kebahagiaan menyelubungi Bunga Citra Lestari dan Tiko Aryawardhana dalam perjalanan hidup perkahwinan mereka yang baru.
“Betul, semua orang yang hadir ke majlis pernikahan ini menerima kedua mempelai dengan berbesar hati. Semua mahu melihat BCL berbahagia bersama orang tersayang dan meneruskan kehidupan baru disamping pasangan.”
“Susah nak dapat pasangan yang baik dan keluarga mertua yang baik. Power couple yang terpisah kerana kematian memang amat menyakitkan. Beruntung BCL ada keluarga mertua yang sangat memahami walaupun anak mereka telah pergi buat selamanya.”
“Mertua akan tetap menjadi mertua. Begitu juga dengan ahli keluarga Sinclair yang turut sama hadir meraikan hari bahagia menantu dan ipar mereka ini.
Kita doakan BCL dan pasangan berbahagia hingga ke akhir usia.”