Sembunyi 20 isteri dalam treler, ada yang semuda 9 tahun

Sembunyi 20 isteri dalam treler, ada yang semuda 9 tahun

Sembunyi 20 isteri dalam treler, ada yang semuda 9 tahun. SEORANG lelaki didakwa ‘menyimpan’ 20 isterinya dalam sebuah treler yang kotor dan usang.

Lebih mengejutkan, sebahagian daripada mereka paling muda berusia sembilan tahun.

Samuel Rappylee Bateman yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat ditahan awal tahun ini selepas didapati memperdagang gadis bawah umur.

Keadaan treler tersebut didakwa usang, mengandungi sofa dan baldi untuk dijadikan sebagai tandas.

Perkara itu didedahkan oleh Biro Penyiasatan Persekutua (FBI) mengenai kehidupan perkahwinan lelaki berkenaan.

Sembunyi 20 isteri dalam treler, ada yang semuda 9 tahun

Lelaki berusia 46 tahun itu juga berdepan dakwaan seks berkumpulan membabitkan orang dewasa dan bawah umur.

Ini termasuk dakwaan pemerdagangan seks dan sumbang mahram.

Menurut The Mirror, FBI dipetik sebagai berkata, lelaki itu mendakwa dirinya adalah ‘nabi’ pada 2019 dan mahu berkahwin dengan anak perempuan sendiri yang masih remaja.

Dia dikatakan mempunyai 50 pengikut termasuk 20 isterinya.

BACA:

Sebar berita kematian Nad Zainal, Shahrulezad kesal

Bunuh isteri 40 tahun lepas, bekas guru dipenjara 24 tahun

Kemana halatuju Hannah Yeoh dalam KBS?