Semakin ramai belia negara ini lakukan seks

Semakin ramai belia negara ini lakukan seks

Semakin ramai belia negara ini lakukan seks. Semakin ramai golongan belia di negara ini didapati melakukan hubungan seks secara aktif termasuk individu berusia bawah 22 tahun pada tahun ini berbanding enam tahun lalu.

Perkara itu didedahkan melalui Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April serta Mei lalu.

Kajian itu membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun, dengan 51 peratus daripada mereka adalah belia Melayu.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Tiffany Tang berkata, hasil kajian mendapati sebanyak 35.4 peratus golongan belia mengakui pernah melakukan hubungan seks iaitu meningkat hampir 20 peratus berbanding hanya 18.8 peratus pada 2016.

“Sebanyak 62 peratus belia pula mengaku pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah, berbanding 42 peratus pada 2016.

Semakin ramai belia negara ini lakukan seks

“Selain itu, hasil kajian juga mengesan salah faham meluas terhadap jangkitan seksual (STI) dan kehamilan apabila 31 peratus responden mengaku tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks.

“Kira-kira 31 peratus responden juga masih percaya mitos bahawa wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid,” katanya pada majlis pelancaran kempen #cometogether yang diadakan di Jalan Sultan, di sini, semalam.

Tiffany berkata, tinjauan itu dijalankan bagi mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai kontraseptif, STI, stigma dan persepsi berkaitan seks.

“Kita mengharapkan lebih banyak perbincangan berkaitan seks dan seksualiti diadakan secara terbuka dalam usaha mewujudkan ruang selamat kepada golongan belia.

“Ini penting supaya mereka tidak takut berkongsi pengalaman dan sekali gus boleh mendidik diri untuk bertanya soalan berhubung seks.

“Justeru itu, kita melancarkan kempen #cometogether bagi memberikan nasihat, maklumat bersesuaian dengan usia dan kemahiran diperlukan mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan,” katanya.

BACA:

Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah

Pengunjung terkejut MAHA promosi vape, besar iklannya pada bas ‘shuttle’

Penerbit Gadis Jolobu saman Youtuber, dakwa ada adegan lucah