Semakin pelik, Satu Malaysia terkejut dengan perubahan muka Fatiya Latiff terkini, rupanya ini yang dia buat
Meskipun jarang dilihat di kaca TV membintangi drama bersiri namun Fatiya Latiff sering menjadi bualan ramai peminat di media sosial.
Antara isu yang sering dibangkitkan adalah rawatan muka dilakukan aktres tersebut yang dikatakan telah menampakkan perubahan ketara terhadap wajahnya.
Ramai warganet yang persoal mengapa Fatiya membuat rawatan kecantikan dan mengambil suntikan di muka kerana dia sudah cantik semula jadi.
Jika dilihat pada gambar atau video dimuat naik Fatiya, boleh nampak perubahan di wajahnya yang sedikit membengkak dipercayai kesan daripada rawatan dilakukan.
Menerusi komen di media sosial, ramai peminat berpesan agar Fatiya berhenti ‘mencucuk’ muka dan merubah wajahnya kerana akan memberi kesan pada usia tua.
BACa: Tukang gunting rambut diburu polis gara-gara sembang lucah dengan perempuan melayu