Semakin Membimbangkan 1,755 kes, Sabah paling tinggi, dua kematian

Terdapat 1,755 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini menjadikannya rekod jangkitan harian paling tinggi sejak wabak itu melanda negara, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 1,755 kes itu 1,752 melibatkan penularan tempatan dan tiga lagi kes import.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 11,530 kes.

Kes tertinggi antaranya Sabah (1,199), Pulau Pinang (192), Selangor (164), Labuan (69), N. Sembilan (45).

Sementara itu, dua kematian direkod manakala 78 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 28 memerlukan bantuan pernafasan.

 

Ringkasan status terkini Covid-19 setakat 6 November 2020:

Jumlah discaj baru: 726 kes

Jumlah kumulatif discaj: 26380 kes (69.1 peratus)

Jumlah kes baru: 1755 kes

Jumlah kumulatif: 38189 kes

Jumlah kes aktif: 11530 kes

Kes tempatan: 1752 kes

Kes import: 3 kes (2 WN, 1 BWN)

Jumlah kematian: 2 kes

Jumlah kumulatif kematian: 279 kes (0.7 peratus)

Jumlah kes di ICU: 83 kes

Pesakit perlu bantuan pernafasan: 32 kes

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549766

COMMENTS

Wordpress (0)