Selepas viral nangis tepi jalan, pemuda jelaskan perkara sebenar yang berlaku

Selepas viral nangis tepi jalan, pemuda jelaskan perkara sebenar yang berlaku

Selepas viral nangis tepi jalan, pemuda jelaskan perkara sebenar yang berlaku.Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana ditinggalkan tunangnya yang dikatakan memilih untuk bersama lelaki lain.

Pemuda tampil jelaskan perkara sebenar
Terbaru, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Amsyar membuat inisiatif untuk berjumpa dengan pemuda berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang terjadi.

Menerusi pertemuan tersebut, pemuda berkenaan memaklumkan bahawa isu tersebut telah pun selesai dan berharap agar mana-mana pihak yang memuat naik videonya menangis di tepi jalan itu memadam video tersebut kerana ia melibatkan aib kedua-dua belah pihak.

Berkenaan video viral semalam, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang dengan baik dan pihak perempuan itu pun sudah kembali.

Selepas viral nangis tepi jalan, pemuda jelaskan perkara sebenar yang berlaku

Saya juga berharap mereka memadamkan video itu, kerana ia melibatkan aib keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut mengakui dugaan bertunang itu sungguh kuat namun tidak wajar untuknya menyalahkan pihak wanita semata-mata atas apa yang telah terjadi.

@a.amsyarr_ Membalas kepada @OmgAraa Ni part 2 bro ! ni penjelasan daripada tuan badan sendiri 🙏 #foryoupage #fypシ゚viral #trending #viral ♬ bunyi asal – a.amsyarr_

Sejujurnya dugaan bertunang itu memang kuat dan sakit. Apa yang berlaku semalam adalah di luar kawalan saya.

Tidak wajar juga untuk saya menyalahkan dia semata-mata, mungkin salah saya juga yang terlalu mengongkong dia.

Di akhir video, pemuda berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Amsyar kerana telah membantu menenangkan dirinya ketika kejadian.

Netizen doa semuanya dipermudahkan
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan Alhamdulillah selepas isu ini dapat diselesaikan dengan elok dan berharap agar pemuda itu terus tabah menjalani ujian yang mendatang.

BACA:

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….