Selepas umum bercerai, bekas isteri Tegar Septian akhirnya bersuara

Selepas umum bercerai, bekas isteri Tegar Septian akhirnya bersuara

Selepas umum bercerai, bekas isteri Tegar Septian akhirnya bersuara.Bekas isteri penyanyi Indonesia Tegar Septian, Sarah Sheilka membuat pengakuan bahawa dia telah membaca perbualan bekas suaminya itu di WhatsApp dan ruangan DM Instagram.

Mesej Mahu Pinjam Wang?
Berdasarkan apa yang telah dibacanya, Sarah mendapati bahawa Tegar yang juga bintang Big Stage 2022 seakan kerap meminjam wang daripada ramai orang dengan alasan ingin menyara keluarga.

“Pertama sekali, saya mahu jujur yang buat story cakap WhatApp dan Instagram Tegar digodam itu adalah saya, kerana saya baca mesej (di kedua platform berkenaan) dia meminjam wang ramai orang dengan alasan kasihan isteri dan anak dan mahu membayar rumah dan sebagainya,” luah Sarah di Instagram Story.

Bagaimanapun Sarah akui hairan kerana menurutnya, mereka masih mempunyai wang simpanan dan tak pernah tak cukup makan.

“Padahal wang simpanan ada, Tegar pun tahu perkara itu. Alhamdulillah makan juga tak kekurangan sama sekali dan sekarang wang simpanan sudah dibahagikan sama rata.

Selepas umum bercerai, bekas isteri Tegar Septian akhirnya bersuara

“Mulai detik ini, saya sudah tidak bertanggungjawab atau tahu menahu kalau Tegar ada pinjam lagi wang kepada sesiapapun apalagi menggunakan alasan saya dan Abidzar,” jelasnya lagi.

Pengumuman Mengejutkan

Terdahulu, Tegar telah mengumumkan berita penceraiannya menerusi video di Instagram Story semalam.

Kata Tegar, keputusan itu dibuat disebabkan beberapa sebab termasuklah masalah kewangan.

Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

BACA:

Kutipan RM12 juta belum balik modal lagi untuk filem Mat Kilau

Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik

Ramai kagum dengan lakonan bertenaga Yayan Ruhian, layak jadi hero