Selepas kena hentam orang ramai, JKR perjelas kerja selenggara Istana Negara

Selepas kena hentam orang ramai, JKR perjelas kerja selenggara Istana Negara

Selepas kena hentam orang ramai, JKR perjelas kerja selenggara Istana Negara. Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelaskan bahawa kerja-kerja menyelenggara Istana Negara berjumlah RM519 juta adalah merupakan kontrak semasa, iaitu selama tujuh tahun yang akan berakhir pada 30 Jun tahun ini.

JKR berkata demikian mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa rakyat Malaysia bengang dengan tindakan jabatan tersebut membayar RM519 juta kepada sebuah syarikat pemegangan pelaburan bagi pengurusan kemudahan di Istana Negara pada Rabu.

Jelas JKR lagi, kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Penyenggaraan Berjadual Bangunan Kerajaan (Versi 2008) yang ditetapkan JKR.

“Skop kontrak adalah meliputi kawasan yang berkeluasan 241.3 ekar, merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Formal (Balairong Seri, Dewan Bankuet, Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja) dan Komponen Diraja (Kamar Peraduan, Kamar Santapan, Bilik Tetamu Diraja).

“Selain itu, Komponen Pentadbiran (Pejabat Pentadbiran dan Keselamatan, Surau, bangunan sokongan dan lain-lain) dengan keseluruhan keluasan lantai kasar sebanyak 89,525 meter persegi.

Selepas kena hentam orang ramai, JKR perjelas kerja selenggara Istana Negara

“Justeru, kos yang diterbitkan daripada senarai kuantiti adalah berasaskan kepada keperluan pengoperasian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut JKR berkata, segala kemudahan di premis tersebut perlu sentiasa dikekalkan dalam keadaan terbaik.

“Ini sesuai dengan kedudukan premis berkenaan sebagai bangunan peringkat kebangsaan yang melambangkan kedaulatan, identiti, kebudayaan dan imej negara,” katanya.

BACA:

Akaun ASNB dalam Maybank2u bakal hilang 18 Jun ini

Guna teknik ini jika mahu lupus bra & panties lama, dijamin selamat

Mahkamah arah polis agar hormati hak pelacur