Selepas jambatan, projek tandas RM100K pula jadi tular

Selepas jambatan, projek tandas RM100K pula jadi tular. Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bina baru tandas awam Telok Serabang telah siap sepenuhnya dan kini dibuka bagi pengunjung di Pantai Telok Serabang.

Projek RTP bernilai RM100,000 itu telah diserahkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Serabang, Kaunselor Abu Seman dengan disaksikan oleh kontraktor pelaksana, B.M.M. Services dan wakil Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Effa Natrah pada Selasa.

Sementara itu, menurut Azizul, projek tersebut diilhamkan oleh mantan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu agar penduduk mahupun pengunjung yang datang ke Kampung Telok Serabang dapat menikmati kemudahan tersebut.

BACA:

Geram kemaluan anak kena tendang, ibu ini nekad guna ‘speaker’ masjid cari pelaku sebenar

Anne Ngasri kongsi gambar hantar anak sekolah, “dah macam adik hantar abang masuk asrama”

10 Lagu raya paling lejen sepanjang zaman, nombor 4 buat nak kemas beg sekarang!

COMMENTS

Wordpress (0)