Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar.“Malu saya ni memang tebal sebab dia viralkan video itu. Tetapi itulah hakikatnya, tiada terlintas langsung di hati saya nak bergaduh,” demikian kata peniaga nasi lemak di depan Plaza Vads yang terbabit dalam video viral beberapa hari lalu.

Jelas wanita berusia lingkungan 40-50 an itu, dia bukanlah jahat seperti yang disangka, apatah lagi melarang pesaingnya (Norli) mengucap ‘Astaghfirullahalazim’. Sebaliknya dia hanya meminta wanita muda itu berniaga menu yang sama dengannya.

“(Video viral itu membuatkan) makcik ini nampak jahat sangat. Bukan saya melarang dia mengucap, saya cuma cakap dengan dia jangan berniaga (menu yang sama),” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu mengaku tindakan mereka pergi berdepan dengan Norli itu adalah salah.

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar

Dalam video itu turut kedengaran seorang lelaki menjelaskan, mereka sebelum itu ada menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat aduan mengenai Norli, tetapi pegawai DBKL pada waktu itu sedang sibuk dengan program.

“Sebelum kami pergi tu (berdepan dengan Norli), kami ada menghubungi DBKL, tetapi mereka sedang sibuk dengan program. Kami mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara baik, tiada niat nak pergi serang begitu sahaja.

“Kami bukannya dengki seperti mana yang didakwa di media sosial,” jelas lelaki berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, di penghujung video tular yang lalu dia ada memberitahu Norli bahawa dia tidak kisah sekiranya dia mahu berniaga menu yang lain dan dia tidak akan mengganggunya.

“Saya dah cakap dengan dia dalam video tular itu, dia nak meniaga apa benda pun meniagalah. Saya tak akan kacau pun dia,” katanya yang turut tidak kisah dengan kecaman portal media dan netizen sehingga menggelarnya sebagai ‘Kak Long Kawasan’, sedangkan dia cuma berniaga untuk menyara anak-anaknya.

“Selepas itu dia (Norli) berkata, kemaslah semua barang (tutup kedai). Bagi kami, terpulanglah kepada dia. Kami tak halang dia berniaga, cuma jangan berniaga benda yang sama sebab sebelum ini dah ada isu.

“Kita mencari rezeki di sini, mereka pula datang sekejap buat taik, kemudian tinggalkan begitu saja,” jelas lelaki berkenaan.

BACA:

Beli nasi lauk pecel ayam dapat perisa tambahan, kembang tekak wei

lesen DDNK digantung Suruhanjaya Sekuriti Malaysia? apa sebenarnya berlaku