Selepas 34 tahun berpisah, Tiz Zaqyah akhirnya bertemu abang kandung

Selepas 34 tahun berpisah, Tiz Zaqyah akhirnya bertemu abang kandung. Pelakon cantik, Tiz Zaqyah meluahkan rasa gembira apabila Ramadan kali ini dia akhirnya berpeluang bertemu dengan abang kandungnya.

Menerusi perkongsian hantaran di Instagram milik pelakon Nur itu, mereka sebelum ini terpisah selama 34 tahun.

“Saya memang selalu mengharapkan ada abang. Keajaiban, hajat saya tertunai. Ramadan paling indah.

Selepas 34 tahun berpisah, Tiz Zaqyah akhirnya bertemu abang kandung

“Kami berjumpa pada Isnin lalu. 34 tahun sepanjang hidup saya, hello abang Zacky dan kakak ipar saya yang cantik dan anak-anak buah!!

“Momen yang sangat beremosi. Alhamdulillah, akhirnya disatukan, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga,” luahnya.

Meninjau ruangan komen hantaran itu, abangnya turut melayangkan rasa syukur.

“Syukur dapat jumpa Tiz. Semoga dapat berjumpa dengan ayah kita pula! Minggu yang sangat menyentuh perasaan,” komen abang Tiz.

Serentak dengan perkongsian tersebut, majoriti rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan positif. Antara rakan artis tersebut seperti Yasmin Hani, Alif Satar, Zain Hamid dan ramai lagi.

TONTON:

BACA:

Neelofa tunjuk almari baju Bilal, “dah macam shopping mall..”

“Saya pun rimas pakai mask ni..” – Ismail Sabri

Ancaman terbaru lebih besar melanda Malaysia, jangkitan malaria zoonotik kini ‘mengganas’