Selepas 27 tahun akhirnya putera raja pulang mengejut ke istana , menjadi tandatanya

Selepas 27 tahun akhirnya putera raja pulang mengejut ke istana , menjadi tandatanya

PUTERA kedua Raja Thailand Maha Vajiralongkorn muncul buat pertama kali apabila pulang ke tanah air selepas 27 tahun.

Vacharaesorn Vivacharawongse, 42, membuat penampilan sulung dalam lawatan ke pusat jagaan kanak-kanak kurang bernasib baik pada Selasa.

Selepas 27 tahun akhirnya putera raja pulang mengejut ke istana , menjadi tandatanya

Kepulangan Vacharaesorn ke tanah air pada waktu yang sukar bagi keluarga diraja Thailand, dengan puteri sulung raja itu koma sejak Disember lalu.

Vacharaesorn yang berkhidmat di firma guaman di New York, Amerika Syarikat, melawat Yayasan Penjagaan Kanak-Kanak Setinggan yang disokong oleh kerabat diraja.

Muncul dengan berseluar jeans dan baju kemeja kasual hitam, dia bergambar di hadapan potret ayahanda dan datuknya, Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat pada 2016 selepas memerintah selama 70 tahun.

“Saya gembira dapat kembali… lama saya tak balik, sudah 27 tahun.

Pihak istana bagaimanapun belum mengulas mengenai perkara tersebut.

Rata-rata rakyat Thailand bagaimanapun terkejut dengan kepulangan Vacharaesorn ke tanah air.

Foto dirinya menaiki kereta beca ‘tuk-tuk’ di Bangkok, yang dimuat naiknya di Facebook miliknya yang mempunuyai lebih 80,000 pengikut pada Isnin meraih puluhan ribu tanda suka.

Vacharaesorn merupakan anak kedua daripada empat putera kepada isteri kedua Raja Vajiralongkorn, Sujarinee Vivacharawongse, bekas pelakon yang diceraikan pada 1996.

Dia tidak mempunyai gelaran rasmi diraja walaupun secara teknikalnya mengekalkan status yang dikurniakan ketika semasa dia masih kanak-kanak sebagai cucu raja.

Dia, ibunya, tiga beradik lelaki dan seorang adik perempuan diketepikan selepas perceraian pada 1996, berikutan ibunya dituduh berzina, dan mereka kemudian berpindah ke luar negara

BACA: Dunia khir zaman pelajar sekarang makin ‘maju’! ‘Projek’ di tandas sekolah, check-in hotel dengan BF perkara biasa