Selangor tawar rumah mampu milik di 5 lokasi menarik, ini syarat memohon

Selangor tawar rumah mampu milik di 5 lokasi menarik, ini syarat memohon

Selangor tawar rumah mampu milik di 5 lokasi menarik, ini syarat memohon. Syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun dan ke atas;
Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
Lokasi

Terdapat 6 buah projek di beberapa lokasi strategik dan yang sedang pesat membangun iaitu;

Selangor tawar rumah mampu milik di 5 lokasi menarik, ini syarat memohon

Bandar Saujana Putra
Idaman BSP
Shah Alam
Idaman Cahaya
Puchong
Idaman Sari
Cybersouth Sepang
Idaman Kita
Idaman Melur
Bandar Puncak Alam
Idaman Perdana
Tidak kira di mana lokasi rumah Idaman anda, kerajaan negeri telah memastikan yang ia mudah diakses melalui lebuhraya utama dan dilengkapi pelbagai kemudahan berdekatan seperti;

Hospital
Sekolah
Universiti
Kemudahan pengangkutan awam
Pusat membeli belah dan pasaraya besar
Dan lain-lain
Harga Rumah
Rumah Idaman Selangor di tawarkan pada harga mampu milik iaitu RM250,000

Kemudahan dan Kelengkapan
Setiap unit Rumah Idaman Selangor mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi bersama dua parkir kenderaan.

Ia turut disertakan dengan kelengkapan berikut;

1 unit televisyen beserta kabinet televisyen
1 unit peti sejuk
Sebuah kabinet dapur
3 unit penyaman udara
2 unit pemanas air dalam setiap bilik air
3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur

BACA:

Dipanggil hamlau, Aliff Syukri kecewa dengan Awie

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan