Selamba je pemuda curi kasut LV pelanggan, selamat ada video ni rakam

Selamba je pemuda curi kasut LV pelanggan, selamat ada video ni rakam

Umum mengetahui ada banyak butik yang memerlukan pelanggannya untuk membuka kasut sebelum masuk ke dalam butik.

Pasti ramai yang berasa bimbang akan keselamatan kasut yang diletakkan di luar butik, bukan?

Terbaharu, Meri iaitu pemilik jenama Bulan Bintang telah memuat naik rakaman CCTV di depan butiknya yang memaparkan seorang lelaki telah bertindak mengambil kasut pelanggannya dan menukar dengan kasut dipakainya.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Selamba je pemuda curi kasut LV pelanggan, selamat ada video ni rakam

Menerusi rakaman CCTV itu, lelaki tersebut telah masuk ke butik Bulan Bintang dan kemudian keluar daripada butik memakai kasutnya berjenama Lacoste. Kemudian, lelaki itu ternampak kasut berjenama Louis Vuitton (LV) yang berada di luar butik dan bertindak menukar kasutnya dengan kasut tersebut lalu pergi melarikan diri.

Pemilik kasut LV itu menyedari hal itu apabila tidak nampak kasutnya di luar butik lalu minta rakaman CCTV untuk mencari kasutnya yang hilang. Menurut pemilik kasut itu, kasutnya baru sahaja dibeli tetapi terpaksa pulang dengan kecewa tanpa kasut tersebut.

Lantaran itu, Meri meminta agar lelaki yang mengambil kasut pelanggannya itu memulangkan kembali kasut tersebut. Malah, kasut milik lelaki itu turut diletakkan di hadapan butik.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa simpati dengan pemilik kasut LV tersebut kerana kasutnya telah dicuri. Malah, para netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang tidak malu menukar kasutnya dengan kasut LV milik orang lain.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mahu lelaki tersebut memulangkan kembali kasut yang diambilnya sebelum pihak polis menjumpainya. Malah, para netizen mencadangkan agar selepas ini tidak perlu membuka kasut di luar premis bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Tonton:

Berita Lain:

Adik Shila Amzah mengamuk, “Kau panggil mak aku pelacur!”

Bingit telinga dengar jiran masak pakai kuali, “nak ajak kita perang ke apa?”

Mahkamah arah guru agama dipenjara kerana rotan pelajarnya 5 tahun dahulu

[/bg_collapse]