“Selamba je dia apply jadi polis..” – Penjenayah paling dikehendaki akhirnya diberkas

Penjenayah Paling Dikehendaki Berjaya Diberkas, Selamba “Apply” Nak Kerja Polis
Polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang merupakan penjenayah dikehendaki di Afrika Selatan sewaktu dia sedang memohon pekerjaan sebagai anggota polis, lapor Economic Times.

Penahanan lelaki tersebut telah mendapat pelbagai reaksi lucu daripada orang ramai sehinggakan ada yang menggelarnya sebagai ‘penjenayah paling bodoh di Afrika Selatan’.

Lelaki itu dilaporkan telah melarikan diri dari polis sejak tahun 2015 lagi selepas melakukan jenayah pencurian perkakasan semasa bekerja sebagai penghantar barang.

"Selamba je dia apply jadi polis.." - Penjenayah paling dikehendaki akhirnya diberkas

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu pernah mengubah alamat penghantaran tanpa meminta kebenaran daripada pemilik barang tersebut.

Modus operandinya kemudian dapat dihidu pengurus di syarikat dia bekerja selepas beberapa invois dilapor hilang dari rekod.

Tidak lama selepas itu, aduan telah difailkan terhadap lelaki yang berjaya menipu polis dan telah melarikan diri itu. Namanya dilaporkan telah dimasukkan ke senarai penjenayah yang dikehendaki dalam rekod polis.

Lelaki itu tidak menyangka bahawa cita-citanya untuk menyertai pasukan polis telah menyebabkan dia ditahan polis. Pegawai polis Brigadier Selvy Mohlala dan rakan-rakannya bingung dengan kehadiran lelaki itu.

Jurucakap polis Mpumalaga memaklumkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu masuk ke balai polis untuk memfailkan aduan bahawa dia tidak mendapat sebarang jawapan daripada mereka berkenaan permohonan kerjanya.

Pada akhirnya, tindakan lelaki itu tanpa disedari telah memerangkap dirinya sendiri.

“Kami bekerja siang dan malam, berpegang pada mandat kami untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua rakyat.

“Kami tidak boleh mencapainya sementara ada suspek yang masih berkeliaran di jalanan dan mengancam masyarakat.

“Hanya masa sahaja menentukan sebelum kita membawa mereka ke muka pengadilan,”Pesuruhjaya Wilayah SAPS di Mpumalaga, Leftenan Jeneral Semakaleg Daphney Manamela memaklumkan kepada media tempatan.

Sumber: The Economic Times News

Baca juga:Rupanya lain cara tanam! Anda nak bawang atau daun bawang? Ini cara sebenar