Selama 35 tahun ada atas muka bumi, firsttime makan ikan goreng! Wanita ini dedah rupanya ini resipi rahsia mentua

Selama 35 tahun ada atas muka bumi, firsttime makan ikan goreng! Wanita ini dedah rupanya ini resipi rahsia mentua

Ikan goreng memang sinonim dengan masakan yang popular kerana selain rasanya yang rangup dan sedap, ia sememangnya mudah dimasak

Kalau ada stok ikan mentah dalam peti dan bingung nak masak cara apa, mesti cara masakan ikan goreng menjadi pilihan.

Selama 35 tahun ada atas muka bumi, firsttime makan ikan goreng! Wanita ini dedah rupanya ini resipi rahsia mentua

Hidang pula dengan sambal belacan yang pedas dan masam, memang boleh bertambah nasi walau ada satu lauk itu sahaja. Bila bercakap tentang masakan, lain orang lain caranya kan? Sama juga dengan ikan goreng.

Walaupun nampak ringkas, tetapi ikan goreng dimasak dalam pelbagai cara. Misalnya seperti dikongsikan oleh Puan Nur Darwisya Qasdina di Facebook, ini buat pertama kali sepanjang hidupdnya selama 35 tahun dia makan ikan goreng yang sedap dan rasa yang lain dari yang lain.

Menurutnya, itu adalah resepi dari mak mertuanya yang menggunakan bahan tambahan dalam gorengan ikan tersebut.

“Jangan kecam tau, walaupun ikan goreng rasa dia memang padu kalau buat macam ni,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Jadi, tanpa melengahkan masa, marilah kita tengok bahan dan cara penyediaan puan ini! Mari cuba masak sendiri dan rasai sendiri kelainannya!

“35 Tahun Hidup, First Time Makan Ikan Goreng Sedap..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia Ikan Goreng Mentua

Bahan-Bahan:

Ikan mentah (ikut selera ikan jenis apa, kembung ke atau selar ke dan lain-lain)

asam jawa secukup rasa

garam secukup rasa

serbuk kunyit secukup rasa

Cara Penyediaan:

Lumurkan bahan di atas dan setiap permukaan ikan.

Nak perap kejap atau teruskan menggoreng pun boleh, (ikut masa dan keselesaan anda).

Ketika menggoreng, ikan memang akan bertukar warna hitam, sama juga dengan minyak yang akan bertukar dengan warna hitam.

Tetapi, rasa dia memang akan lain dan sedap. Apabila sudah bertukar warna dan masak, toskan minyak dan tutup api.
Sedia untuk dihidang!

Okay dah siap ikan goreng sedap ini! Menurut Puan Darwisya, pengalamannya memakan ikan ini memang menarik. Buat ratah memang tak akan sedar 2 atau 3 ekor ikan hadap sorang-sorang, Cuba lah!

baca:

“Suami tak pernah sentuh sejak kahwin, aku tanya awak tak bernafsu ke dengan saya? Jawapan suami buat aku terduduk!”