Selalunya bila masa tengah mandi senang je datang ilham, ini penjelasan pakar
Setiap orang mempunyai tahap daya fikir yang tersendiri.
Dalam mendapatkan sebarang keputusan atau ilham yang bernas, ada momen-momen serta lokasi tertentu yang mempengaruhinya.
Pasti ramai juga di antara anda yang mandi terlalu lama dan berfikir macam-macam ketika mandi kan?
Yela, mandi juga dikira sebagai escape daripada orang sekeliling, hanya anda berseorang sahaja.
Menariknya, ada kajian mengenai bagaimana ada sesetengah orang boleh mendapat ilham atau idea ketika sedang mandi.
Menurut portal Buffer, salah satu sebab untuk otak manusia menjadi kreatif ketika mandi adalah berkait dengan dopamin.
Ahli neurosains, Alice Flaherty, berkata bahawa semakin banyak dopamin yang dikeluarkan semakin kreatif seseorang itu.
“Setiap orang mempunyai tahap daya kreatif yang berbeza mengikut ‘aktiviti’ jalur dopamin sistem limbik,” katanya.
Peningkatan aliran dopamin ini mungkin boleh berlaku jika seseorang mandi air panas, bersenam, memandu pulang ke rumah dan aktiviti lain.
“Mengapa keadaan minda yang santai sangat penting untuk buah fikiran yang kreatif? Ketika fikiran dalam keadaan tenang, gelombang alfa akan bergelombang melalui otak dan menyebabkan seseorang cenderung untuk berfikir lebih mendalam.
“Itulah sebabnya mengapa banyak pemikiran berlaku semasa mandi,” katanya.
Bagi kebanyakan orang, mandi adalah waktu yang paling santai sepanjang hari.
Sekiranya anda berada dalam keadaan fikiran yang santai, mudah mengalih perhatian dan penuh dengan dopamin, otak anda berkemungkinan besar akan memberi idea terbaik dan paling kreatif.
BACA: “Tudung labuh dia hanya lakonan,tak sangka aku dijadikan pak sanggup, rupanya dia..”