Selalu makan tapi tak bayar, akhirnya pelanggan ini kena terjah dengan tokei restoran

Peniaga semestinya tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai ujian terutamanya melibatkan kerenah pelanggan.

Lebih membuatkan peniaga berasa geram apabila ragam pelanggan yang boleh menyebabkan kerugian.

Seperti situasi yang dihadapi oleh pemilik sebuah restoran di Permatang Pauh, Penang, terpaksa menerjah seorang pelanggan yang didakwa sudah beberapa kali tidak membayar makanan yang sudah dibungkus.

Selalu makan tapi tak bayar, akhirnya pelanggan ini kena terjah dengan tokei restoran

Difahamkan, modus operandi pelanggan itu akan terus berlalu pergi keluar tanpa pergi ke kaunter bayaran ketika para pekerja sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan lain.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pemilik restoran yang mesra dipanggil Kak Sal terus menerjah pelanggan terbabit yang cuba beredar keluar membawa bungkusan makanan berjumlah hampir RM70.

@abezaini1 Last tinggal makanan atas meja kata nk p ambil duit dalam kereta hilang macam tu..😅 #fyp #CapCut ♬ original sound – Restoran kak sal Kelate🥰

Pelanggan terbabit dilihat terkulat-kulat apabila perbuatannya dihidu pemilik kedai. Malah, mendakwa pertama kali ke restoran tersebut apabila ditegur sudah beberapa kali dia melakukan taktik yang sama.

Akibat kantoi, pelanggan terbabit kemudiannya meninggalkan makanan di atas meja dengan alasan mahu mengambil duit di kereta sebentar sebelum terus menghilangkan diri.

Didakwa mengaibkan pelanggan, owner beri penjelasan

Walaupun ramai yang menyokong tindakan pemilik restoran, ada yang berpendapat tindakan pemilik restoran keterlaluan kerana telah mengaibkan pelanggan.

Menjawab isu itu, pemilik restoran menjelaskan bahawa dia sudah pun menasihati pelanggan terbabit.

Tambahnya, tindakannya yang memuat naik video itu supaya peniaga lain turut berhati-hati jika berhadapan dengan pelanggan sebegini.

Baca juga: Pewaris Rothchild meninggal dunia