Sekolah pondok ekstrem hukum pelajar musnahkan telefon guna tukul

Sekolah pondok ekstrem hukum pelajar musnahkan telefon guna tukul.

Seorang pelajar di Indonesia dipaksa memusnahkan telefon bimbitnya dengan menggunakan tukul

selepas dia ditangkap membawa peranti itu ke sekolah, lapor laman berita Okezone.

Sekolah pondok ekstrem hukum pelajar musnahkan telefon guna tukul

Beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.

Salah seorang pelajar perempuan kemudian diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.

Dia memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Telefon itu perlu dikembalikan kepada ibu bapanya bukannya dimusnahkan sebegitu,” kata seorang netizen.

“Telefon dibeli menggunakan wang, jika hukumannya begini, sama sahaja seperti mengajar mereka untuk tidak menghargai wang,” komen netizen lain.

Baca:Betul ke mee segera bahaya untuk badan manusia? Doktor ini ajar cara betul masak mee segera