Sedih tengok anak stress ditempat kerja, pasangan warga emas ini tawar pekerjaan kepada anak, jadi ‘anak perempuan full time’

Sedih tengok anak stress ditempat kerja, pasangan warga emas ini tawar pekerjaan kepada anak, jadi ‘anak perempuan full time’.

Seorang wanita berusia 40 tahun di China nekad berhenti kerja untuk menjadi ‘anak perempuan sepanjang masa’

Dia di bayar dengan gaji 4,000 yuan (RM2,601) sebulan, lapor laman berita Wion News semalam.

Sedih tengok anak stress ditempat kerja, pasangan warga emas ini tawar pekerjaan kepada anak, jadi 'anak perempuan full time'

Selepas bekerja di sebuah agensi berita selama 15 tahun, Nianan menghadapi cabaran lebih besar seperti tekanan secara berterusan.

Melihat Nianan bergelut di tempat kerja, ibu bapanya berkata: “Mengapa kamu tidak berhenti kerja sahaja?”

Ibu bapa Nianan menawarkan bayaran 4,000 yuan (RM2,601) sebulan yang diambil daripada wang pencen bulanan mereka berjumlah 10,000 yuan (RM6,504).

Dia kemudian memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan itu dan mengambil tanggung jawab menjadi ‘anak perempuan sepenuh masa’.

Nianan menggambarkan jawatan baharu itu dipenuhi dengan kasih sayang sepanjang masa.

Dia meluangkan masa satu jam sehari untuk menari bersama ibu bapanya dan menemani mereka membeli-belah. Pada waktu malam, dia akan memasak makan malam bersama bapanya.

Dia juga menguruskan semua peranti elektronik, memandu kereta dan mencadangkan satu atau dua percutian keluarga pada setiap bulan

BACA:

Rupanya jenama Malaysia yang mula berniaga di Johor, ini kisah Restoran Marrybrown yang ramai tak tahu

Ingatkan hanya jadi kepada ahli politik dalam Malaysia, ini kisah khianat paling terkenal dalam dunia ramai tak tahu