“Sedap sangat tu” Netizen syak hanya miming, Janna Nick mohon maaf

"Sedap sangat tu" Netizen syak hanya miming, Janna Nick mohon maaf

“Sedap sangat tu” Netizen syak hanya miming, Janna Nick mohon maaf. Pelakon dan penyanyi, Janna Nick meminta maaf selepas segelintir pihak mengecam tindakannya apabila tidak menyanyi secara langsung ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23, malam tadi.

Janna berkata, dia terpaksa menyanyikan lagu Gatal secara miming akibat masalah kesihatan selepas dijangkiti influenza, dua minggu lalu.

“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 apabila terpaksa menyanyi secara miming di pentas anugerah berprestij itu.

“Peluang menyanyi di pentas besar sebaris dengan penyanyi hebat tanah air lain adalah sesuatu yang sudah lama saya impikan.

“Ketika ditawarkan untuk membuat persembahan, saya sangat berbesar hati. Tetapi, sejak dijangkiti influenza., dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” katanya.

"Sedap sangat tu" Netizen syak hanya miming, Janna Nick mohon maaf

Pelakon Melastik Ke Hatimu itu berkata, walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat, dia tetap menggagahkan diri untuk menyelesaikan semua tugasan yang telah disusun lebih awal.

“Saya masih meneruskan penggambaran drama baharu, selain memenuhi tuntutan kerja di Jakarta, Indonesia dan undangan ke Singapura walaupun dinasihati doktor supaya berehat. Saya tidak sedar, pilihan saya ini memakan diri,” katanya.

Pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, video muzik Gatal arahan Chuan Looi turut diumumkan memenangi trofi Video Muzik Terbaik. Kemenangan itu melayakkan mereka menerima trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM20,000.

BACA:

Letak nama anak panjang, dah menyesal.. Ini cara ubah di JPN

“Lama dah perasan’, Shuib sering ‘tak sengaja’ sedondon dengan Watie

Ibu anak dua berdepan denda RM5 juta, penjara kerana terima duit