‘Sedap dapat, malu pun dapat’, pengantin liat bayar hutang sekali member datang tuntut hutang atas pelamin

‘Sedap dapat, malu pun dapat’, pengantin liat bayar hutang sekali member datang tuntut hutang atas pelamin

Untuk menyimpan dan dapatkan wang dalam masa singkat, ramai orang memilih taktik ‘main kutu’ di mana ia disertai dengan penglibatan beberapa orang.

Namun di sebalik semua itu, semuanya akan menjadi kacau jika ada 1 orang yang mengelat dan berhenti secara tiba-ba sejurus wang diperolehi padahal rotation belum habis.

'Sedap dapat, malu pun dapat', pengantin liat bayar hutang sekali member datang tuntut hutang atas pelamin

Hutang tu banyak…RM5000++ boleh diguna untuk beli sebuah motorsikal

Hal itulah yang dialami oleh wanita bernama Ayu ni. Pun begitu, nampaknya dia punyai cara tersendiri untuk menuntut semula hutang kutunya selepas setahun bersabar. Jelasnya, dia bersama beberapa individu lain terjerat dengan taktik seorang perempuan yang enggan melunaskan baki kutu. Padahal mereka semua sudah memasukkan duit sekitar RM5000 seorang.

@ayuwess_Ada yang kenall ???

♬ suara asli – ayuwess_

Ayu muncul atas pelamin & terus tagih hutang lama

Keluarga sudah dihubungi, namun usaha itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Justeru ketika si penipu bernama Dewi itu sedang melangsungkan persandingan, Ayu muncul ke sana untuk menagih hutang lama.

Setelah melihat kelibat Ayu, pengantin wanita terbabit mula terkulat-kulat dan menjelaskan hal sebenar kepada si suami.

 

BACA:

Wanita luah rasa kecewa kekasih ajak kahwin tapi sebenarnya seorang pemalas