Sebulan bercerai, Mizz Nina dan Noh Salleh masih keluar bersama?

Sebulan bercerai, Mizz Nina dan Noh Salleh masih keluar bersama?

Sebulan bercerai, Mizz Nina dan Noh Salleh masih keluar bersama?. HARI ini, genap sebulan selepas Nina dan Noh mengumumkan berita perceraian mereka.

Bagusnya tentang mereka, kedua-duanya masih bertemu, keluar bersama dan menjaga hubungan baik demi anak.

Semua itu dapat dilihat dalam perkongsian InstaStory masing-masing baru-baru ini dengan saling berkongsi gambar antara satu sama lain bersama anak angkat mereka, Musa.

Sebulan bercerai, Mizz Nina dan Noh Salleh masih keluar bersama?

Cuma, seteguh mana pun, Mizz Nina tetap manusia biasa, dia juga ada hati dan perasaan. Tetapi cara luahannya berbeza apabila membuat perkongsian ungkapan daripada Qasim Rafique berhubung kecurangan yang dianggap sebagai satu perbuatan yang melanggar sempadan dalam sesebuah perhubungan.

Dalam ungkapan tersebut ada disebutkan, apabila seseorang berlaku curang, tarikan seksual dan perhatian yang sepatutnya hak pasangan masing-masing diberikan kepada orang lain.

Mungkin terlepas, Mizz Nina kemudiannya memadamkan perkongsian berkenaan. Tak mengapalah Mizz Nina, ramai yang faham perasaan awak. Teruskan berkongsi ayat-ayat motivasi dan kerohanian yang bermanfaat.

BACA:

Gambar isteri Aliff Syukri waktu muda tular, ramai teruja

Wanita kaya sanggup tinggal hidup mewah, jadi pemungut sampah

Netizen minta Baby Shima tinggal di Indonesia, jangan pulang lagi