Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hi. Nama aku Amy. Baru je celebrate bornday yang ke 35 tahun. Alhamdulillah.
Jiwa kacau, kadang stabil, kadang tak. Kadang mood swing, kadang rasa useless. Kadang rasa baik aku mti jer. Bila datang sewel aku la.
Orang nampak aku normal, tapi sebenarnya aku sakit. Sakit jiwa, sakit fizikal.
Sebelum PKP aku ditimpa musibah, menyebabkan aku jadi tak sempurna. So aku jalan tak macam dulu lagi, dengan kata lain aku tempang, sakit belakang.
Disinilah bermulanya, suami yang aku kasihi, sayangnya beralih arah hanya kerana aku tempang. Pedih…..
Aku sakit, tapi aku dibiarkan tanpa sokongan emosi. Aku terkapai kapai berjuang tanpa suami disisi. Dia memilih untuk abaikan aku.
Aku hilang kerja, aku hilang suami, anak aku benci aku.
Sebelum kereta kena tarik, rumah bank amek tindakan lelong baik aku serah diri ke AKPK untuk arrange semula pembayaran ansuran bulanan. Alhamdulillah, settle.
Rumah aku ada 4 bilik, 3 bilik yang kosong aku sewakan. Aku hidup seadanya.
Aku sebatang kara, mak ayah dah tiada. Adik beradik anggap aku beban. Mereka dah berkahwin ada keluarga sendiri.
Ipar pula sindir sindir aku. Melahar kata aku menyusahkan orang je hidup kenapa tak mti je.
Akukan jobless? Nak kerja duduk lama tak boleh, berdiri lama tak boleh. Korang expect apa?
Aku menampung hidup dengan duit i-lebiu KWSP dan pampasan takaful yang aku terima selepas ditimpa kemalangan.
Bila mereka dan keluarga mereka tau aku berduit manusia yang melahar aku, hina aku dulu, tinggalkan aku, mula nak himpit himpit balik.
Maaf aku tak bdoh.
Mana aku tinggal??? Semasa proses recovery sebelum ni harapkan ihsan mak su aku. Itupun aku dapat rasakan anak anak dia kurang senang dengan kehadiran aku.
Mereka persoalkan mana laki aku, adik beradik aku? Maka aku bawa diri.
Masa berduit kena beringat, pedih masa aku takde apa apa orang layan aku macam kain buruk.
Anak dara aku benci aku. Masa kejadian umur dia 7 tahun. Pandang aku pun tak nak. Bahagia mungkin dengan ibu baru yang lebih sempurna daripada aku, mak dia.
Lepas kemalangan kepala otak aku tak betul, susah kawal diri sendiri.
Tak habis trauma kemalangan, trauma jiwa pulak bila suami bagi tau nak menikah baru. Kawan sekolah dulu katanya.
Hampir giila aku dibuatnya. Aku terbaring lesu menangis berhari hari.
Anak memang jadi mangsa aku lepaskan marah aku. Silap aku, sebab tu anak aku menjauh daripada mak dia. Aku pasrah.
Aku teruskan kehidupan sendiri. Fisioterapi sendiri, jumpa doctor sendiri. Aku ada depression, aku makan ubat. Trauma aku tak habis lagi.
Forever mungkin.
Biarlah orang nak kecam aku, hina aku. Keji aku macam macam. Masa aku susah, manusia tinggalkan aku. Allah jaga aku.
Biarlah aku sendiri daripada harapkan kasih sayang daripada manusia yang tak reti menghargai.
Kasih manusia, kalau dah tak suka macam macam alasan.
Reaksi Warganet
Erin Mustafa –
Happy birthday! You matter. Baiki hubungan dengan anak dan keluarga.
Kadang kadang orang bertanya sebab nak berbasa basi, jangan terasa hati.
Jangan anggap negatif selalu, apa apa pun memang hanya kita akan jaga diri kita.
Kalau dah tak boleh kerja, pergi Perkeso, apply untuk pencen ilat. Pergi kaunseling. Cari kawan.
Walau suami dah buang masa awak selama 10 tahun, awak cari kebahagiaan untuk 50 tahun seterusnya dari dalam diri sendiri
Atiq Azhar –
Hi Amy… nak kongsi je. Di dalam negara sekarang banyak pondok pengajian moden. Ada rumah dan bilik yang selesa. Majlis ilmu dan kelas setiap hari.
Jika Amy dapat cari tempat begitu cubalah cari ya. Walaupun sekeliling kita kosong, ketahuilah Allah masih panjangkan usia untuk diberi sesuatu kepadamu. Akhirnya nanti hanya amalan dan pengakhiran kita.
Dapatkan rawatan daripada doktor dan rawatan rohani. Tak berani nak cakap lebih lebih, hanya TT yang mengetahui keadaan TT. Cuma berharap perkongsian ini dapat membuka hati TT untuk cari ketenangan dan kelapangan dari sudut lain.
Pergilah ya. Hijrah diri. Allah akan jaga TT lebih baik berbanding orang lain.
Mengenai anak banyakkan doa. Sampai masa anak akan faham. Ikatan ibu dan anak itu lebih dari segalanya.
Semoga Allah memudahkan urusan dan memberi kelapangan kepada TT. Ameen
Ax Bx –
Sorry. Bila baca cerita ni teringat kawan sendiri.
Memang diagn0sed dengan mental illness sebab dah gone thru so many depression from previous marriage. Dicerraikan oleh suami.
Datang dari utara ke KL bawa satu beg je. Jobless. Homeless. I tumpangkan duduk dengan saya sementara dia cari kerja dekat KL.
Suruh dia masak je apa yang ada dalam peti sejuk masa i pergi kerja. Belikan phone 2nd hand yang boleh online sebab phone dia hilang. Dia pakai phone yang boleh sms je.
Dia sebatang kara. Kesian. Alhamdulillah lepas dia dapat kerja life dia dah more stable, dapat sewa rumah sendiri.
Now dah beberapa tahun berlalu, dia pon dah banyak tolong i. Rasa macam dia tolong i lagi banyak dari apa yang i pernah beri.
Kalau sekeliling kita ada kawan kawan yang dilanda musibah atau diuji, bantu lah apa yg boleh.
Jangan lah biarkan mereka terkapai kapai. Sebab kesian. Lagipon, harini hari orang lain diuji, tak tau masa akan datang mungkin hari kita pula.
Dilla Eizmaira –
Kadang kadang kita rasa ujian kita sangat berat, sangat teruk, sangat besar, sangat dahsyat.
Tapi sebenarnya ada orang lain di luar sana yang ujiannya lebih hebat, lebih berat. Selalu lah ingatkan diri sendiri macam tu…
Semoga terus kuat untuk diri sendiri. Sentiasa ingat Allah tu ada. Manusia akan tinggalkan kita bila bila masa saja.
Tetapi Allah tak penah. Kita je yang sebenarnya selalu tinggalkan DIA bila leka, lalai dan rasa senang.
BACA: “Persoalan Terjawab” Anna Jobling Padam Foto Meerqeen Di IG Jadi Tanda Tanya