Sebelum kes tunjal kepala, wanita ini dedah ‘brader baju merah’ tampar pelayan restoran

Sebelum kes tunjal kepala, wanita ini dedah ‘brader baju merah’ tampar pelayan restoran.

Tindakan ‘brader baju merah’ yang menunjal kepala pemandu wanita seperti video yang tular di media sosial

nampaknya telah membuka pelbagai isu baru yang melibatkan dirinya.

Sebelum kes tunjal kepala, wanita ini dedah 'brader baju merah' tampar pelayan restoran

Terbaru, terdapat perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai PUTREESS apabila mendedahkan bahawa ‘brader baju merah’ itu telah ditemuinya ketika berhenti makan di sebuah kedai steamboat di Cameron Highland.

Mengamuk di kedai makan
Apa yang ingin diceritakan adalah tindakan lelaki terbabit yang begitu keterlaluan apabila membaling makanan dan menampar staf baru yang berada di sana berkali-kali.

Wanita itu juga menjelaskan apa yang diperkatakan terjadi dihadapan matanya dan sama sekali tidak menokok tambah cerita.

Datang meja lagak gangster

@cadar_puterichantique Replying to @mieynora ♬ original sound – PUTHREESS

Ujarnya lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad lalu iaitu 4 Jun 2023. Dia berani bercerita tentang perkara tersebut susulan brader baju merah itu telah menghampiri meja mereka kerana tidak berpuas hati ditegur melakukan kekecohan di kedai makan berkenaan.

Menurut wanita terbabit lagi, staf di kedai makan itu mengatakan punca lelaki terbabit mengamuk disebabkan makanannya lambat sampai. Dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana hanya mengulas tentang kejadian yang berlaku di hadapan matanya sahaja.

Staf kedai makan tampil
Disamping itu, salah seorang staf yang menjadi mangsa kemarahan ‘brader baju merah’ terbabit telah meninggalkan komen di ruangan TikTok PUTREESSS dengan mengucapkan terima kasih diatas penjelasan yang telah dibuat.

Dia juga menerima saranan orang ramai untuk membuat laporan keatas kejadian yang memalukan itu.

Ada cerita lain rupanya


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan rasa geram dengan tindakan lelaki itu kerana dikatakan tidak bijak mengawal baran sendiri sehingga melakukan kekerasan kepada orang lain.

Abang ni pergi tempat sejuk pun nak panas je

Harap staf tu buat laporan polis

Terfikir macam mana dia jadi supervisor

Untuk rekod, lelaki berbaju merah yang tular baru-baru ini dipercayai menunjal seorang pemandu wanita telah ditahan pihak berkuasa. Difahamkan, lelaki terbabit direman tiga hari untuk membantu siasatan.

BACA: 

Pelakon veteran terkenal Mustapha Maarof dedah kisah yang terjadi lepas bapanya pengasas bank melayu pertama mati dibunuh?

Jenazah terpaksa diangkut guna motosikal rupanya jalan berlubang macam ada di bulan sepanjang 13km