Sebagai ahli parti, bertanding atas nama UMNO dan Barisan Nasional tidak mungkin ianya benar – Azeez Rahim

Sebagai ahli parti, bertanding atas nama UMNO dan Barisan Nasional tidak mungkin ianya benar – Azeez Rahim

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beliau tidak akan mengkhianati keputusan parti yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Hari ini tersebar nama dan tandatangan nama-nama Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri.

Sidang media pada sebelah pagi dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang mengetuai gerakan menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri.

Menurut Azeez Rahim nama dan tandatangan itu hanyalah sebagai rekod kehadiran sahaja.

“Tandatangan yang ditularkan adalah tandatangan sebagai kehadiran saya bagi perjumpaan tersebut itu sahaja.”

“Tidak ada apa-apa surat yang lain telah diarah untuk kami menandatangani.” katanya.

COMMENTS