Sebab ada nafsulah kena poligami, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mokhtar Senik memuat naik ciapan berbentuk soalan mengenai amalan poligami.

Menurut Mokhtar, kerana nafsulah seseorang itu perlu berkahwin. Beliau turut membuat perbandingan istilah isteri kedua merampas suami orang dengan sebuah kereta yang mempunyai 4 tempat duduk.

“Seat sebelah driver diduduki oleh Isteri pertama. Tiba-tiba naik menumpang pula isteri yang kedua. Isteri yang kedua duduk di salah satu seat dibelakang. beliau bukan duduk atas riba isteri yang pertama. Kalau duduk atas riba isteri pertama barulah dikatakan merampas. tapi sekarang dia duduk atas seat yang memang masih kosong. Begitu lah isteri ketiga dan keempat. Kalau ada yang kelima, barulah dinamakan merampas suami orang.” katanya.

Perkongsian Mokhtar yang merupakan bekas Ketua Urusan Ulamak PAS Pahang mendapat kecaman kerana tidak meletakkan hukum terlebih dahulu seperti berlaku adil dalam rumahtangga. Haram hukumnya jika seseorang lelaki ingin berpoligami berasa ‘zhan’ atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Suami yang tidak berlaku adil tetap menanggung dosa kerana memberi kemudaratan kepada orang lain. Mufassirin berpendapat, berlaku adil itu wajib. Adil bukan bererti hanya adil terhadap isteri saja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak.

COMMENTS

Wordpress (0)