“Saya tiada masa nak main politik” – Khairy

“Saya tiada masa nak main politik” – Khairy

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jalamuddin Abu Bakar enggan melayani sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Khairy berkata, beliau tidak mempunyai masa untuk memenuhi kehendak politik ketika ini kerana Ahli Parlimen Rembau itu mahu memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.

“Saya tiada masa nak main politik,” katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau mengulas desakan kepimpinan UMNO yang mahu ahli Parlimennya meletakkan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum 1 Ogos ini.

Pada 21 Jun lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang Parlimen.

COMMENTS