“Saya terus zoom profile pic dan alangkah terkejutnya saya kerana wanita itu merupakan isteri kepada sepupu suami, tak sangka suami sanggup khianati saya”

Salam min. Tolong hide profile saya. Saya mulakan dengan kisah berlaku tahun ni iaitu pada tahun kesepuluh usia pkahwinan.

Selama ini saya mempercayai suami walaupun sebelum2 ni ada juga blaku dia dikaitkan dengan prempuan

Tapi alasannya dia memang begitu, ramah dan mesra dengan semua org. Dan saya mempercayainya.

"Saya terus zoom profile pic dan alangkah terkejutnya saya kerana wanita itu merupakan isteri kepada sepupu suami, tak sangka suami sanggup khianati saya"

Namun demikian segalanya berubah selepas kejadian hitam ni.

Sebenarnya saya sudah lama tidak check hp suami sebab saya mempercayainya tambahan pula saya penat kerana bekerja dan menguruskan anak kecil yang belum

Dipendekkan cerita, pada satu malam suami terlena ketika bermain dengan hp dan hp masih terbuka. Saya terpanggil untuk melihat siapa yang dia mesej pada waktu malam sekitar pukul 9.30pm.

Mesej itu rupanya dari seorang perempuan yang mbahasakan dirinya sayag dan suami bie.. dia mahu mendengar suara suami saya sblm tidur dan meminta supaya suami saya call. Saya terus zoom profile pic dan alangkah terkejutnya saya kerana prempuan itu saya kenali dia merupakan isteri kepada sepupu pertama suami saya.

Saya masih cuba bertenang dan check fail gambar dlm hp suami..terdapat lebih daripada 60 gambar prempuan tersebut dlm hp suami yang ada antaranya dlm keadaan separuh b0gel, hanya bkemban dengan tuala dan gambar yang menayangkan pangkal paha..

terdapat juga screenshot mesej2 sweet dalam tu yang antaranya suami mengatakan hatinya hanya utk prempuan tersebut dan jasad saja yang berada dirumah, mesej tentang janji2 utk membelikan cincin dan hadiah kepada prempuan tersebut.lebih mengejutkan lagi,

mereka sudah keluar dating dan buktinya terdapat gambar selfie bersentuhan bahu/badan dalam kereta yang saya kongsi bayar dengan suami.

hancur luluh hati saya ketika melihat gambar tersebut kerana betapa suami sanggup mengkhianati saya dengan melakukan maksi*t didalam kreta kami.

Saya kejutkan suami dan btanya tentang perkara tersebut. Suami menafikan dan bkata itu semua bukan mesej dia tetapi mesej kawan dia yang pinjam telefon dia.

Saya cuba btenang dan menunggu supaya suami bercakap benar (pada masa ini saya belum tunjukkan gambar selfie mereka). Saya tunggu 7 hari untuk suami bcakap benar tetapi suami tetap mengatakan bukan dia.

Dalam tempoh 7 hari itu, perempuan ini telah mesej saya dan mengatakan perkara yang sama.. mengatakan mesej2 nya itu bukan utk suami saya tetapi utk kawan suami saya yang kononnya telefon rosak.

Mesej prempuan ni saya tak balas kerana saya tahu dia menipu dan saya masih menunggu utk mereka blaku jujur dengan saya. Walaupun demikian rupanya mereka terus berbohong.Pada hri ke7 saya akhirnya menunjukkan gambar selfie suami bsama prempuan tersebut.

Suami terkejut dan mengakui kesalahan dan kesilapannya dan merayu untuk bina semula hidup baru dengan saya. Saya call perempuan tu dan tanya sekali lagi, dia tetap teguh mengatakan gambar2 dan mesej2 tu bukan utk suami saya tetapi akhirnya mengaku apabila saya hantar gambar selfie mereka tu.

Prempuan ni juga merayu supaya saya tak kaitkan suaminya dan minta tolong supaya saya tak beritahu suaminya tentang semua yang blaku.. Saya memang mahu beritahu family suami tetapi saya masih fikir kesannya kepada suami dan sepupunya.

Saya berasa sakit hati kerana kenapa saya perlu jaga aib mereka sedangkan mereka tidak pernah fikir perbuatan mereka itu sangat melukakan hati saya. Malah saya hilang kepercayaan dengan suami. Skrg ini saya cuba bagi peluang kedua tetapi masalahnya saya tak dapat melupakan apa yang suami buat, setiap kali keseorangan saya sering terbayang2 gambar2 mereka dan mesej2 mereka, screenshot videocall dan banyak

Lagi. Secara jujur saya mahu selamatkan rumahtangga saya dan saya masih ada perasaan sayag terhadap suami tetapi skrg saya cepat marah, hilang rasa hormat kepada suami, hilang kpercayaan, malah timbul pula rasa benci dengan family suami.

Kenapa saya rasa begini, salah satu faktornya ialah selama ini saya sedaya upaya tolong suami dari segi kewangan utk kurangkan bebannya dan sepanjang 10 tahun tu hanya beberapa bulan pertama sahaja dia ada beri nafkah wang dalam rm100 sebulan.

Walaupun demikian saya tidak kisah sbb saya sendiri pun bkerja dan pkerjaan kami sama.

Namun rupanya suami tak mghargai apa yang saya buat. Sekarang, saya nak minta pendapat kepada wanita2 disini yang pernah mengalami situasi dicurangi.. apakah yang perlu saya lakukan agar saya dapat mempercayai semula suami saya?

Bagaimana supaya saya dapat lupakan perbuatan mereka kerana sangat sukar saya rasa sbb bkemungkinan boleh bjumpa dlm acara keluarga?

BACA: “Aku naif menilai suamiku seorang yang sangat baik tapi di belakangku, patutlah selama ini telefon sentiasa di tangan”