”Saya okay saja macamni”, Raja Ema tak kisah hidup single

”Saya okay saja macamni”, Raja Ema tak kisah hidup single

”Saya okay saja macamni”, Raja Ema tak kisah hidup single. Bahagia ini yang kita yang pilih. Usah sedih dengan apa yang berlaku dalam hidup. Jadikan ia sebagai semangat untuk terus hidup dengan sabar. Pastinya di penghujung ada manisnya.

Bagi penyanyi dan pelakon Raja Ema, berkata tiada istilah sunyi dalam hidupnya biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun.

Kekal menawan pada usia separuh abad, Raja Ema bahagia hidup bersama dua orang anaknya peneman hidup iaitu Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

Menurut Harian Metro, Raja Ema yang pernah dipopularkan pada tahun 80-an iaitu Jejaka Idaman dan Angan Angan mengakui sudah malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup.

”Saya okay saja macamni”, Raja Ema tak kisah hidup single

Katanya lagi yang kini aktif berlakon, urusan jodoh ini tidak diketahui bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni akan tahu pencapaiannya.

“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.

Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.”

“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,

SAYA TIDAK SUNYI. SAYA OKEY SAJA BEGINI.

Mengakui ada yang bertanya mengenai kehidupan solonya, Raja Ema tidak ralat hidup sendirinya baginya itu cukup membahagiakannya.

“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.

Katanya lagi, tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat.

BACA:

Ingatkan kek kenduri kahwin, rupanya kubur yang dihias meriah

Tular video pendek murid sekolah lakon semula babak filem Mat Kilau

Nasib Presiden UMNO ditentukan hari ini