“Saya hanya gelek ‘simple’, sedap mata memandang” – Beby acha

"Saya hanya gelek 'simple', sedap mata memandang" - Beby acha

“Saya hanya gelek ‘simple’, sedap mata memandang” – Beby acha.Penyanyi Beby Acha, 31, menyifatkan sama ada dia terlalu bergelek ataupun tidak ketika menyanyi, kalau orang yang menonton itu sudah bernafsu dan cepat berasa ghairah, memang tak boleh nak buat apa.

Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari ditemui berkata menari gelek memang sinonim dengan penyanyi dangdut, namun itu tidak bermakna ia untuk menarik penonton berasa ghairah.

“Macam saya, tidaklah terlalu bergelek ketika menari di pentas. Hanya buat gelek yang ‘simple’, sedap mata memandang dan tidak begitu ‘over’. Tapi, ada saja yang cakap, itu dah nampak mengghairahkan.

“Pada saya, soal menari gelek mengghairahkan ini bergantung kepada pandangan penonton itu juga. Kadang-kadang, memang kita tak gelek pun, pakai baju biasa saja dan hanya berdiri tegak, tapi ada juga yang cakap dah nampak ghairah. Ini semua ‘pandangan mata’ masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Beby Acha sudah merakamkan tiga lagu dangdut nyanyiannya iaitu Anje Baby, Mama Bonita dan Jerung Merah yang berjaya menarik perhatian penonton.

"Saya hanya gelek 'simple', sedap mata memandang" - Beby acha

Malah, muzik video lagu Jerung Merah juga pernah didakwa berbaur lucah.

Kini muncul lagi dengan single terbaharu Uda Dan Dara, Beby Acha cuba mempelbagaikan genre muziknya dengan mencuba irama pop.

Katanya, apatah lagi single itu turut dipilih menjadi lagu OST drama Ada Apa Dengan Saka di TV9.

“Walaupun saya suka menyanyi lagu bergenre dangdut, namun saya juga sentiasa bersedia menyanyikan lagu genre lain. Bagi saya, sebagai penyanyi harus berani mencuba dan versatil.

“Apapun, saya sudah membuat yang terbaik untuk single Uda Dan Dara ini. Harapan saya agar ia mendapat perhatian baik pendengar,” katanya yang juga adik Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada Tajul.

Mengakui perjalanan karier muziknya masih jauh, Beby Acha berkata sekarang dia mahu memberi fokus kepada karier dulu berbanding berkahwin.

Katanya, masih banyak yang diimpikan belum tercapai berikutan dia bermula dalam industri pada usia agak lewat.

“Saya baharu beberapa tahun aktif menyanyi. Malah, impian nak ada satu album sendiri pun belum tercapai lagi. Jadi, buat masa sekarang saya belum terfikir mahu berumah tangga,” katanya yang sudah ada insan istimewa di hati, namun dirahsiakan identitinya.

BACA:

Pak Nil cuba korek siapa Ira Kazar tapi Syamsul beri simbol ini

Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku

Puasa sunat Arafah di Malaysia tetap 9 Julai walaupun wukuf 8 Julai, ini sebabnya