“Saya dah penat sangat” – Elyana

Penyanyi Elyana menegaskan dirinya bukanlah klinik atau hospital tempat orang bertanya mengenai penyakit.

Elyana seolah-olah penat melayan orang yang hanya mencari dirinya apabila diperlukan. Tetapi, bila ada je benda tak kena penyanyi ini menjadi sasaran maki hamun.

Sampaikan ada yang label penyanyi lagu Diriku Tapak Sulaiman ini sebagai ahli neraka. Elyana sempat sindir menyatakan ramai lagi golongan bijak pandai di luar sana yang boleh dijadikan rujukan.

Pada Disember 2021, Elyana mendedahkan dirinya akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.

Selepas setahun sembuh, penyanyi ini mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej tidak bertudung sehingga menerima kecaman ramai.

Baca : Nonny buat hal live terkangkang sambil berkemban, habis semua nampak