Saya cuma bergurau dengan wartawan itu pun tak boleh – Sanusi

Saya cuma bergurau dengan wartawan itu pun tak boleh – Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini meminta maaf atas “gurauan kasar” yang dibuatnya berkenaan kontena jenazah di Kedah semalam.

Kata Sanusi juga, gurauan tersebut ditularkan secara di luar konteks.

Menurut ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu lagi, orang yang biasa berjumpa dengannya faham bahawa dia memang suka bergurau terutama dengan wartawan yang dianggapnya sebagai sebahagian daripada keluarganya.

“Sidang media semalam tu, yang jadi top-nya (perhatian utama) gurauan saja (yang) di luar konteks sebenar.

“Oleh kerana ada pihak tersinggung dengan gurauan itu, saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung, dan saya ingin jelaskan saya cuma ingin bergurau dengan wartawan.

“Depa tahulah karakter saya tu, tapi dah masuk kamera (dirakam), nasib sayalah,” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Semalam tular klip video Sanusi menjawab soalan wartawan berkaitan isu Covid-19 di Kedah dan nasihatnya kepada orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard kerana hospital di negeri itu sudah penuh.

COMMENTS