Satu sekolah kecoh, pelajar perempuan beranak ketika jawab exam

Satu sekolah kecoh, pelajar perempuan beranak ketika jawab exam

Satu sekolah kecoh, pelajar perempuan beranak ketika jawab exam. Seorang pelajar berusia 13 tahun di Uganda melahirkan bayi lelaki ketika menjawab peperiksaan bagi subjek matematik, malah turut sempat menyelesaikan kertas lain.

Kejadian berlaku di sekolah St Balikuddembe Primary, Jalamba Ward di bandar Buwama pada Rabu lalu, menurut Daily Monitor yang dipetik Daily Star.

Guru Besar sekolah itu, Godfrey Ssemanda memberitahu media tempatan, pelajar itu mengadu sakit mahu bersalin ketika menjawab peperiksaan namun diberikan masa tambahan 45 minit untuk menyelesaikan kertas ujiannya selepas itu.

“Dia memberitahu pengawas mahu bersalin selepas 20 minit menjawab peperiksaan dan dikejarkan ke pusat perubatan berdekatan.

“Selepas bersalin, dia kembali menyelesaikan peperiksaannya. Dia menyelesaikan kertas Pengajian Sosial juga pada petang itu,” katanya memberitahu NTV.

Satu sekolah kecoh, pelajar perempuan beranak ketika jawab exam

Katanya, pelajar itu dikagumi ramai kerana mampu kembali dan meneruskan peperiksaannya selepas sejam meninggalkan dewan peperiksaan untuk bersalin.

Sementara itu, jururawat Gorreti Nakachwa berkata, pelajar itu melahirkan bayi seberat tiga kilogram secara normal dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.

“Dia beruntung tidak berhadapan komplikasi dan kedua-dua ibu serta anak sihat,” katanya.

Ibu bapa pelajar itu memberitahu, anak perempuan mereka hamil selepas terjerat hubungan s*ks dengan lelaki ketika tidak ke sekolah berikutan perintah berkurung Covid-19, tahun lalu.

BACA:

Dato Hattan pula dedah sejarah lagu Rendang Tak Berbuah ciptaan Bob Lokman

Namie tiru suara Yoe Parey, sebiji sama suara

Jep respon “Bini jangan buat main” ditengah padang, ini puncanya