Satu hospital gamat tengok penampakan lembaga hitam, siap merangkak

Kecoh penampakan lembaga hitam di Hospital, siap merangkak!

Kisah seram yang berlaku di pusat rawatan bukan lagi sesuatu hal aneh.

Baik petugas di sana ataupun patient itu sendiri, terkadang ada masanya entiti misteri tiba-tiba menunjukkan wajah mereka.

Satu hospital gamat tengok penampakan lembaga hitam, siap merangkak

Kecoh penampakan lembaga hitam di Hospital, siap merangkak!

Keadaan seseorang yang tidak berapa stabil juga cenderung membuatkan mereka berhalusinasi atau seakan ternampak sesuatu.

Video berdurasi 4 saat raih tontonan lebih 5 juta kali oleh netizen di TikTok

Dalam sebuah kisah tular ini pula, seorang gadis telah berkongsikan sebuah video dalam ruang ICU yang awalnya dirakam untuk diberikan kepada ibunya.

Dalam rakaman berdurasi 4 saat itu, apa yang mengejutkan adalah penampakan kelibat sosok hitam tinggi yang berdiri bersebelahan katil patient bertentangan.

Tak dapat nak explain banyak sebab masa tu saya pakai alat oksigen

Jam sudah menunjukkan 3 pagi, pelawat juga tidak dibenarnya menjenguk mana-mana penghuni ICU pada waktu sebegitu.

Jadi, siapakah atau apakah sebenarnya gerangan sosok hitam tersebut? Jelas empunya video, dia sendiri sukar menjelaskan tentang ‘benda’
tersebut lantaran saat itu keadaannya juga tidak begitu baik.

sy hanya sempat record vd tu dalam 4s sbb sy berapa di wad emergency. Di wad emergency dilarang merecord vd atau pon mengambil gmbr.

Sy record vd ni diam ii for my mom. btw time pukul 3 pagi so mmng tkde pelawat dibenarkan masuk kecuali doktor dan pesakit sahaja.

Sy pon tk sedar dngn keberadaan benda hitam tu sbb time tu sy dalam keadaan tidak bertenaga. I’m sorry guys because tk dapat nak explain lebih sy pon time tu tk sihat. tapi sebelah benda hitam tu ad sorg pakcik yg perlu dibawa ke icu sbb oksigen dia drop. I’m really sorry sbb tk dpt nk terangkan lebih lagi. Btw guys

Ramai komen pegang telefon…Zoom banyak kali masih tak nampak…Takde kaki wey

Meninjau ke ruangan komen, ribuan netizen hadir dengan memberikan tanggapan yang berbeza-beza. Rata-ratanya akui cukup meremang melihat video misteri itu.

BACA: Warga emas hilang duit KWSP, terpedaya dengan ‘pak lebai’ tarik duit