Kontroversi bernikah dua membabitkan pempengaruh TikTok dikenali sebagai Abang Tesla
Dia telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di semua platform media sosial.
Terbaru, usahawan Sasha Abdul Aziz juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan isu tersebut
Dengan memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya semalam.
Menerusi hantaran video yang menunjukkan momen indah bersama suami, Sasha memberitahu kisah Abang Tesla membuatkannya teringat sebab tidak memilih lelaki sebangsa dengannya sebagai pasangan hidup.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi agama, pempengaruh media sosial itu beryukur kerana suaminya yang bukan berbangsa Melayu itu telah memeluk agama Islam.
“Abang Tesla mengingatkan saya kenapa saya tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.
@sashaabdaziz Sebab tu la i xkawin melayu weyh🤣tacoddd! #fypシ゚viral ♬ original sound – ABG.TESLA
“Alhamdulillah dapat suami bukan Melayu tapi tukar agama Islam,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berharap tidak diduakan oleh pasangan menerusi perkongsian video berlatarbelakangkan lagu yang sering digunakan oleh Abang Tesla, iaitu Kau Tigakan Cintaku oleh Elkasih.
“Harap diriku tak dimadukan,” katanya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.