Sampai sekolah diarah tutup semula, pemberian komputer riba masih belum ada

Sampai sekolah diarah tutup semula, pemberian komputer riba masih belum ada

Ibu bapa berpendapatan rendah tertanya-tanya dimana janji kerajaan yang mana ingin memberikan bantuan komputer riba kepada 150,000 pelajar di seluruh negara.

Pada November tahun lalu kerajaan telah membentangkan belanjakan 2021 dan antara intipati dalam belanjawan tersebut pemberian komputer riba.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dikatakan akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut mengatakan pemberian akan diberikan pada bulan Februari. Namun, sudah memasuki bulan April dan menghampiri Mei masih lagi belum diberikan kepada para pelajar.

COMMENTS