Sakit mata tengok rumput tumbuh celah simen, wanita ini kongsi cara matikan rumput tak guna racun cuma guna garam je!

Sakit mata tengok rumput tumbuh celah simen, wanita ini kongsi cara matikan rumput tak guna racun cuma guna garam je!

rumput liar di kawasan rumah memang satu perkara yang memenatkan.

Tambahan pula jika rumput dicabut dengan tangan, pasti lama dan memerlukan banyak tenaga.

Sakit mata tengok rumput tumbuh celah simen, wanita ini kongsi cara matikan rumput tak guna racun cuma guna garam je!

Bagi segelintir orang, mereka sedaya upaya mengelak daripada menggunakan racun perosak yang mengandungi bahan kimia dan menjejaskan kesihatan.

Tapi, tak ramai tahu bahan semula jadi iaitu garam mampu membasmi rumput liar di halaman rumah.

Kaedah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, Kaktin Geng Kebun yang menunjukkan bagaimana dia berjaya mematikan rumput degil dengan mudah.

Rumput di kawasan rumah Kaktin mati setelah ditabur garam.

Bahan

1. Garam kasar beriodium (periksa paket sebelum beli)

Cara-cara

1. Taburkan di atas rumput yang tumbuh meliar.

2. Taburkan di sekeliling pasu yang ditumbuhi rumput kecil.

Bukan sahaja murah harganya malah kita boleh berjimat daripada mengupah orang lain seperti pekebun untuk memotong rumput.

Jelas Kaktin, dengan cara ini rumput lebih cepat mati dan mereput sekiranya cuaca panas berpanjangan sehingga ke hari esoknya.

Malah, rumput liar akan ambil masa lebih lama untuk tumbuh dan hidup semula selepas ditaburkan dengan garam.

BACA:

Berpakaian tak cukup kain dan seksi, wanita ini berani buat hal di negeri ‘serambi Mekkah’ sekali lain pula jadi