Sajat akhirnya mengaku pondan, bukan khunsa

Sajat akhirnya mengaku pondan, bukan khunsa

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengaku dirinya transgender (pondan) dan membuat keputusan meninggalkan negara selepas mendakwa keselamatan diri terancam.

Nur Sajat mendakwa mengalami kemurungan yang teruk hingga menjejaskan kesihatan mental lalu bertekad lari dari Malaysia.

“Sajat takut kena kecam, saya usahawan (jadi) kalau boleh tak nak beritahu orang ramai. Biarlah mereka (rakyat Malaysia) kenal kita sebagai Nur Sajat, perlu ke cerita latar belakang hidup kita pada orang lain,” katanya.

Menurut Nur Sajat, dia mahu berkongsi kejayaannya dalam perniagaan pada orang ramai, bukannya mahu menjaja cerita tentang dirinya sebagai ‘transwoman’.

“Sajat nak berkongsi pasal kejayaan, bukannya nak bercerita tentang diri sendiri lainlah kalau kita ini ‘jual diri’ bolehlah kita bercerita tentang diri sendiri.

“Di sini saya mengaku saya merupakan ‘transwoman’. Faham ‘woman’ ialah perempuan cuma membezakannya ialah perkataan ‘trans’ kira saya ini memang perempuan pun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Sajat turut menjelaskan syarikat Owa Resources itu yang menfailkan saman terhadap beliau sebelum ini merupakan sepupunya sendiri.

“Mereka sebenarnya bekas pekerja Sajat di bahagian pemasaran. Saya dah bincang dengan keluarga sepupu untuk membuat bayaran secara ansuran, tapi di pihak sana mereka tak nak (tolak),” ujarnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Nur Sajat berhijrah ke Australia dan ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia untuk memulakan hidup baharu selepas menjadi pelarian di Thailand setelah lari dari negara ini pada Februari lalu.

COMMENTS