Saifuddin disahkan positif Covid-19

Saifuddin disahkan positif Covid-19

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi.

Seorang wakil dari pejabatnya memberitahu media bahawa menteri berkenaan belum menerima sebarang vaksin dan sebelum ini menunggu suntikan vaksin bersama pihak media.

Pejabatnya memaklumkan Saifuddin akan menjalani kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehubungan dengan itu, YB Datuk Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak KKM.

COMMENTS