Sah! Najib masuk penjara mulai hari ini

Sah! Najib masuk penjara mulai hari ini

Mahkamah putuskan Najib bersalah, kena penjara 5 tahun. Hakim harini sebulat suara mengekalkan kesalahan Najib.

Berikut merupakan keputusan hakim :-

“These appeals are therefore unanimously dismissed and the conviction and sentence are affirmed.” – CJ

Najib Razak is going to jail.

Sah! Najib masuk penjara mulai hari ini

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Ini bermakna Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman.

Najib pada 28 Julai 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu.

Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan serta hukuman disahkan,” kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagi pihak panel lima hakim.

Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah detik penting dalam usaha selama bertahun-tahun oleh aktivis anti-rasuah untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab ke atas rompakan 1MDB, yang diasaskan dan dikawal oleh Najib semasa menjadi perdana menteri pada 2009-2018.

Kes itu melibatkan kira-kira 42 juta ringgit (AS$9.4 juta) yang disalurkan daripada SRC International, bekas anak syarikat dana negara 1MDB, ke akaun peribadinya.

BACA:

Sah! Najib masuk penjara mulai hari ini

Bersyukur dapat anak setelah tunggu 7 tahun, namakan ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’