Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran

Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran

Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran. Polis Perak sedang mengesan dalang utama penyebaran maklumat dan gambar mendakwa berlaku rusuhan serta perhimpunan haram dalam kalangan ahli UMNO di Lenggong pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan bahagian Cawangan Khas mendapati tidak berlaku sebarang rusuhan di kawasan terbabit.

Menurutnya, semua gambar tersebar yang turut memaparkan Unit Tempur Ringan (LSF) itu juga adalah palsu dan disalah guna bagi tujuan menimbulkan situasi tidak aman dalam kalangan rakyat.

“Gambar-gambar itu diambil semasa penugasan polis di pusat penjumlahan undi pada malam pilihan raya dan pengguna ini amat kreatif ambil gambar di fasa-fasa berlainan dan digabungkan untuk dimuat naik di media sosial bahawa berlaku tidak aman di kawasan Lenggong.

“Turut tular pesanan suara mengajak orang ramai berkumpul di Bangunan UMNO Lenggong, kediaman menteri besar dan sebagainya.

Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran

“Saya nyatakan bahawa semua dakwaan itu adalah palsu dan ia sama sekali tidak berlaku. Kita akan jalankan siasatan untuk mencari punca dan individu yang terlibat dalam perkara ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Rabu.

Dakwaan tular menerusi aplikasi Tik Tok, Twitter dan WhatsApp itu disebarkan selepas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-15.

Khabar angin itu menyebut bahawa ahli akar umbi UMNO menolak kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, sebanyak 15 sekatan jalan raya (SJR) telah didirikan di semua daerah termasuk Lenggong sebagai langkah kesiapsiagaan sepanjang tempoh pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya, SJR berkenaan telah dimulakan pada Selasa di lokasi tumpuan dan akan diteruskan sehingga keadaan benar-benar aman tanpa sebarang risiko keselamatan kepada orang awam.

“Dengan SJR ini, kita nak pastikan tidak ada dakwaan kawasan-kawasan tidak selamat sepertimana kes tular itu. Kita juga tidak mahu orang ramai ambil kesempatan berkumpul atau bergerak ke sana sini secara berkumpulan.

“Kita baharu sahaja melepasi fasa PRU dan kerajaan negeri baru ditubuhkan, jadi tanggungjawab polis untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terus terjaga,” jelas beliau.

BACA:

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis

TikTok padam semua posting berkait 13 Mei, elak cetus rusuhan