Rupanya yang pegang watak lelaki British ini bukan calang-calang

Rupanya yang pegang watak lelaki British ini bukan calang-calang

Rupanya yang pegang watak lelaki British ini bukan calang-calang.Filem yang menjadi bualan hangat warganet hari ini, Mat Kilau sebuah karya hebat dari pengarah blockbuster, Syamsul Yusof. Menceritakan tentang pahlawan Tanah Melayu yang berani melawan penjajah British, setiap satu karakter dalam filem ini berjaya dilakonkan dengan baik sekali oleh para pelakonnya.

Dari sekecil watak, hero dan karakter penjahat, semuanya digarap dengan sempurna. Salah satu karakter yang mendapat perhatian penonton adalah Kapten Syers. Watak ini adalah seorang kapten dari British yang mana penjajah sangat kejam.

Menerusi satu perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok dengan nama akaun Kaki Sibuk dipaparkan pelakon karakter orang British dalam Mat Kilau semasa mempromosikan filem tersebut. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik itu:

Lah…Memang nampak lain betul pelakon karakter orang British ini dari dalam filem tersebut dengan dunia nyata. Kemas solekan dan jambangnya cukup berbeza!

Pelakon bagi karakter ini adalah Geoff Andre Feyaerts yang mana dia bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Sebelum ini pelakon lelaki ini pernah membintangi beberapa drama seperti Bisik-Bisik Gelora yang terpaling baharu.

Rupanya yang pegang watak lelaki British ini bukan calang-calang

Berikut antara reaksi ramai selepas menyaksikan perkongsian rakaman ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Dia ni legend juga dalam industry Malaysia..Dulu selalu layan cerita2 dia”

“Pandai depa cari pelakon wehhh. Muka dia nih memang macam orang British sungguh ada vibe2 British”

“Kapten Syers sudah berpaling tadah. Join team Mat Kilau”

“Blonde sampai tak kenal sapa dah”

“Lakonan dia pun mantap”

@kakisibuk Geoff Andre Feyaerts nama pelakonnya guys #filemmatkilau #fyp #fypage #syamsulyusof #fattahamin #viral #filem #trending ♬ original sound – KakiSibuk

BACA:

Sharifah Amani akan dedah identiti bakal suami

Semakin ramai mula ‘lari’ bekerja di luar negara, faktor gaji jadi punca

Ini risiko jika ‘gatal-gatal’ sertai kumpulan Whatsapp