Rupanya satu cara ini je Nasha Aziz amal untuk ‘maintain’ badan anak dara

Siapa sangka di sebalik kejelitaan aktres dan supermodel, Nasha Aziz, rupa-rupanya si dara cantik manis ini sudah pun menjangkau usia 52 tahun.

Untuk pengetahuan, Nasha Aziz belum pernah berkahwin dan masih single sehingga sekarang.

Jika dilihat, wajahnya langsung tak dimamah usia, tersangatlah awet muda!

Rupanya satu cara ini je Nasha Aziz amal untuk ‘maintain’ badan anak dara

Selidik punya selidik, Nasha rupa-rupanya ada amalkan beberapa petua untuk kekalkan kecantikan dan awet muda pada dirinya.

Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!

Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh, menurut Murai.my.

Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.

Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:

  • Kulit menjadi semakin lembut dan halus
  • Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
  • Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
  • Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
  • Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
  • Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
  • Meningkatkan sel darah putih
  • Selain daripada mandi di awal pagi, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.

Baca juga:Kes Perbicaraan Ebit Lew Bertukar Jadi Serius gara – gara Pertikaman Lidah Antara Pihak Pendakwaan Dan Pembelaan