Rupanya negara Amerika bukanlah banyak duit pun, ini 31 individu yang lebih kaya daripada jumlah perbendaharaan Amerika.
Simpanan wang tunai Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras terendah dan berbahaya
ketika Washington menunggu hingga ke saat akhir untuk menaikkan had siling hutang negara, lapor saluran berita CNN kelmarin.
Setakat 25 Mei lalu, Perbendaharaan AS memiliki simpanan wang tunai hanya sebanyak AS$38.8 bilion (RM178.59 bilion), demikian menurut data persekutuan terkini.
Jumlah itu menjunam daripada simpanan wang tunai lebih AS$200 bilion (RM 920.6 bilion) pada awal bulan ini dan menghampiri paras terendah AS$30 bilion (RM 138.09 bilion).
Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, 31 bilionair paling kaya di dunia itu masing-masing memiliki kekayaan lebih besar daripada simpanan wang tunai milik kerajaan persekutuan AS.
Kekayaan sesetengah mereka seperti taikun fesyen Perancis, Bernard Arnault bahkan, jauh lebih besar.
Arnault yang merupakan pengerusi kumpulan jenama fesyen mewah terkemuka, LVMH mempunyai kekayaan bersih dianggarkan mencecah AS$193 bilion (RM888.38 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pula memiliki kekayaan berjumlah AS$185 bilion (RM851.56 bilion). Ia diikuti pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos yang mempunyai kekayaan bersih mencecah AS$144 bilion (RM662.83 bilion).
Senarai 31 bilionair itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dell Technologies, Michael Dell dan CEO konglomerat Berkshire Hathaway, Warren Buffet, pengasas bersama Facebook iaitu Mark Zuckerberg serta bilionair berprofil rendah seperti Francois Pinault dari Perancis serta pengerusi Chanel, Alain Wertheimer.
Terdahulu, Presiden AS, Joe Biden dan Speaker Dewan Rakyat, Kevin McCarthy telah mencapai persetujuan bersama antara kerajaan dan pembangkang untuk memansuhkan had siling hutang negara sehingga 1 Januari 2025.
Jika Kongres gagal menaikkan siling hutang menjelang 5 Jun ini, Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen memberi amaran bahawa kerajaan akan kehabisan wang untuk membayar semua tanggungjawab kewangan negara secara keseluruhan dan tepat pada masanya.
BACA:
Lebih 50 tahun tersangkut di Korea, ini kisah sedih mak cik yang berasal dari Johor